More

    WhatsApp tangguhkan perubahan polisi privasi ke 15 Mei

    Baru-baru ini, WhatsApp dilanda kontroversi berikutan perubahan yang akan dilaksanakan dalam polisi privasinya pada 8 Februari di mana data pengguna akan dikongsi bersama syarikat-syarikat bawah naungan Facebook. Kini, WhatsApp memutuskan untuk menangguh perubahan tersebut ke 15 Mei bagi menjelaskan sebarang perubahan kepada para penggunanya.

    Dalam sebuah tulisan di blog rasmi WhatsApp, perkhidmatan pemesejan itu mengatakan penyulitan hujung-ke-hujung (end-to-end encryption) di antara para penggunanya masih kekal walaupun selepas pengenalan polisi privasi yang baru. Ini bermakna WhatsApp atau Facebook tidak mempunyai akses untuk membaca mesej-mesej penggunanya.

    WhatsApp menjelaskan bahawa perubahan polisi ini lebih ditujukan kepada pemilik perniagaan yang berurus niaga melalui WhatsApp serta memberikan lebih ketelusan dalam cara WhatsApp mengumpul data perniagaan tersebut.

    Mereka mengakui bahawa tidak semua penggunanya berurus niaga dalam WhatsApp buat masa ini, namun mereka percaya lebih banyak orang akan melakukannya pada masa akan datang dan WhatsApp ingin meningkatkan kesedaran tentang perkhidmatan tersebut.

    Bagi menjelaskan isu baru ini kepada para penggunanya, WhatsApp akan melaksanakan perubahan polisi privasinya pada 15 Mei. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WhatsApp Blog

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured