More

    KLIA perkenal teknologi pengenalan wajah di pintu pelepasan bermula tahun ini

    Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan memperkenalkan teknologi pengenalan wajah untuk mengesahkan identiti para penumpang secara satu token biometrik, di bawah inisiaitif Perjalanan Token Tunggal. Ia akan dimulakan pada separuh pertama 2021 dan diharapkan akan mengganti keperluan untuk membawa tiket penerbangan atau pas masuk fizikal.

    Proses pengesahan wajah dijangka hanya mengambil masa lebih kurang lima saat untuk setiap penumpang di setiap pintu. Untuk fasa pertama yang akan selesai pada separuh pertama 2021, 50 kios daftar masuk sendiri, 20 kaunter daftar masuk dan 56 eGate akan dilengkapkan dengan teknologi pengenalan wajah.

    Teknologi tersebut akan disepadukan dengan aplikas MYairports untuk membolehkan pengesahan wajah penumpang sebelum tiba di lapangan terbang. Ini juga akan membenarkan warga asing untuk menggunakan Immigration Autogate dan tidak perlu beratur di kaunter fizikal.

    Inisiatif Perjalanan Token Tunggal diharapkan akan memberi pengalaman tanpa sentuhan dalam suasana norma baharu berikutan wabak COVID-19, selain mempercepatkan proses pengesahan identiti di lapangan terbang.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured