More

    vivo Y20G dilancar: Helio G80, bateri 5,000mAh, tiga kamera bermula ~RM829

    vivo telah melancarkan telefon kelas permulaan terbaru dalam siri Y20 iaitu vivo Y20G. Telefon ini dilengkapi cipset Helio G80, RAM 6GB serta storan dalaman 120GB yang boleh dibesarkan dengan microSD sehingga 1TB.

    vivo Y20G mempunyai skrin LCD berukuran 6.51 inci dengan resolusi HD+ yang turut mempunyai takuk berbentuk titisan air di bahagian atas, menempatkan kamera swafoto 8MP. Daripada segi kamera pula, ia terdiri daripada tiga iaitu kamera utama 13MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP.

    Seperti kebanyakan telefon pintar kelas permulaan, ia mempunyai bateri besar iaitu 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W. Ia mempunyai pengimbas cap jari di bahagian sisi, namun pelanggan mungkin akan kecewa dengan port micro USB.

    vivo Y20G dijual dalam pasaran India dengan harga INR14,990 (~RM829). Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia, namun kita boleh menjangkakannya tidak lama lagi kerana pelbagai siri vivo Y20 sudah pun terdapat di sini seperti Y20 (2020), Y20s dan Y20 (2021).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan vivo Y20G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: vivo India

     

    Artikel Terkini

    BYD SEALION 7 varian Dynamic rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM159,800

    BYD Sime Motors melancarkan model SUV elektrik BYD SEALION 7 (2026) untuk pasaran Malaysia dengan memperkenalkan varian baharu Dynamic selain menaik taraf...

    Gemini Spark dilancar di Malaysia — Agen AI 24 jam dikuasakan Gemini 3.6 Flash

    Google melancarkan Gemini Spark di Malaysia iaitu sebuah agen AI latar belakang yang berfungsi secara berterusan 24 jam sehari untuk menguruskan tugasan...

    F1 kembali ke Malaysia! Sepang dipilih ganti perlumbaan Bahrain yang dibatalkan

    Litar Antarabangsa Sepang disahkan bakal menjadi tuan rumah perlumbaan Formula 1 pada 4 Oktober ini bagi menggantikan perlumbaan Grand Prix Bahrain yang...

    WhatsApp Web kini lengkap dengan panggilan suara, video dan “call transfer”

    WhatsApp secara rasmi memperkenalkan sokongan panggilan suara dan video terus pada perkhidmatan WhatsApp Web. Pengguna kini boleh membuat serta menerima panggilan secara...

    Philips cipta rekod Malaysia, gosok 49 kemeja sekolah dalam masa sejam

    Philips Domestic Appliances Malaysia melakar sejarah baharu menerusi pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi kategori "Kemeja Sekolah Terbanyak Berjaya Digosok dalam Tempoh...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured