More

    India haramkan 59 aplikasi China selamanya, termasuk TikTok, WeChat, BIGO Live

    Terkini, sumber media di India telah melaporkan bahawa pihak kerajaan India memberi notis berhubung sekatan kekal terhadap 59 aplikasi dari China termasuk TikTok dan beberapa aplikasi popular yang lain.

    Menurut sumber, sekatan kekal ini dijalankan oleh Kementerian Teknologi Maklumat India berikutan ketidakpuasan hati dengan maklum balas dari syarikat berkenaan berhubung beberapa isu yang telah dibangkitkan oleh kerajaan India. Isu ini termasuklah cara pengumpulan dan memproses data, serta sekuriti dan privasi.

    Untuk pengetahuan anda, Xiaomi telah menjalankan sekatan ke atas 267 aplikasi sejak Jun yang lalu. Sekatan ini dijalankan di bawah Akta Teknologi Maklumat di negara mereka, menuduh syarikat aplikasi terlibat dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kedaulatan, integriti, pertahanan, keamanan dan ketenteraman di India.

    Antara aplikasi yang didakwa terlibat dalam sekatan kekal ini adalah WeChat, Baidu, TikTok, BIGO Live, Weibo dan Mi Video Call (Xiaomi).

    Apakah pendapat anda mengenai perkara ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Times of India

     

    Artikel Terkini

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Watch9 turut rasmi dengan harga bermula RM1,499

    Selain siri telefon lipat, Samsung juga melancarkan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 untuk pasaran Malaysia. Kedua-dua model...

    Samsung Galaxy Z Fold8, Fold8 Ultra dan Flip8 rasmi di Malaysia, harga bermula RM5,399

    Samsung secara rasmi melancarkan siri telefon pintar boleh lipat Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8 dan Galaxy Z Flip8 bagi pasaran...

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured