More

    realme X7 Pro 5G rasmi di Malaysia: Dimensity 1000+, Super AMOLED 120Hz, 65W berharga RM1,999

    Terkini, realme secara rasminya telah melancarkan realme X7 Pro 5G di pasaran Malaysia. Peranti ini dahulunya mula dilancar di pasaran China dan kini menjengah pasaran global termasuk Malaysia.

    realme X7 Pro 5G merupakan sebuah peranti 5G yang dilengkapi spesifikasi menarik seperti janaan cipset MediaTek Dimensity 1000+, spesifikasi skrin yang tinggi dan kadar cas pantas sehingga 65W. Rekaan dan pilihan warna yang ditawarkan juga menarik di mana proses pembuatan panel belakangnya meninggalkan kesan tekstur yang menarik.

    Anda boleh menyemak spesifikasi asas realme X7 Pro seperti di bawah.

    • MediaTek Dimensity 1000+
    • RAM 8GB + storan sehingga 256GB
    • Paparan Super AMOLED 6.55 inci FHD+, 120Hz kadar segar semula + 240Hz kadar bacaan sentuhan (warna gamut P3 100%)
    • Kamera utama Sony IMX686 64MP + 8MP ultra lebar + 2MP lensa potret + 2MP lensa makro
    • Kamera swafoto 32MP
    • Bateri 4500mAh
    • Pengecasan pantas 65W SuperDart
    • realme UI dengan Android 10
    • Sensor cap jari di bawah skrin
    • Menyokong dua frekuensi GPS dan NFC
    • Pembesar suara stereo Dolby Atmos
    • Pilihan warna Iridescent, Skyline White

    Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa ciri fotografi dan rakaman baik seperti Super Nightscape 4.0, Pro Nightscape Mode, AI Color Portrait Video, Ultra Image Stabilization Max dan menyokong rakaman 4K.

    realme X7 Pro 5G hadir di Malaysia dengan varian 8GB dan storan 256GB pada harga RM1,999. Namun, jika anda ingin membelinya pada hari pertama jualan (2 Februari 2021, jam 12 tengah malam) di Shopee, anda boleh mendapatkan diskaun sehingga RM50 (harga selepas diskaun: RM1,949).

    Adakah anda berminat dengan realme X7 pro 5G ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured