More

    Komik ‘lejen’ di Malaysia, Lawak Kampus bakal jadi siri animasi TV!

    Jika anda adalah peminat siri komik legenda Lawak Kampus dari Gempak Starz, berita ini mungkin berita baik untuk anda. Anda bakal dapat mengimbau kembali Lawak Kampus, tetapi melalui siri animasi TV!

    Sebuah studio pencipta Lil Critter Workshop dilapor sudah mendapat hak dari penerbitan Kadokawa Gempak Starz untuk menerbitkan siri Lawak Kampus sebagai sebuah siri animasi TV. Siri animasi TV Lawak Kampus bakal disiarkan di kawasan Asia Pasifik dalam episod berdurasi 10 minit.

    Sepintas lalu, Lawak Kampus memaparkan kartun yang berlandskapkan komik Malaysia. Setakat ini, masih tiada tarikh rasmi dan saluran berhubung siaran animasi TV ini. Lil Critter Workshop pernah memberi khidmat animasi kepada pasaran AS, Eropah dan menghasilkan animasi popular seperti Hogie The Globehopper, Outlaw Dark dan Buck+Buddy.

    Adakah anda gembira dengan berita ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Lil Critter Workshop

    Gambar ihsan Gempakstarz Store

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured