fbpx
More

    Beberapa peranti OPPO baru muncul di SIRIM termasuklah peranti yang diiktiraf 5G

    Tidak diragukan lagi kerajaan Malaysia sedang berusaha untuk kewujudan 5G dan pelbagai jenama dilihat mengambil kesempatan di atas peluang ini. Baru sahaja kita dapat tahu tentang OPPO yang bakal mengeluarkan telefon pintar 5G pertamanya di Malaysia, kini terdapat berita tentang peranti 5G OPPO baru yang bakal hadir.

    Sumber melaporkan terdapat dua senarai baru untuk OPPO Malaysia (Jie business Sdn. Bhd.) pada SIRIM Malaysia, dengan model bernombor CPH2023 dan CPH2025. Kedua varian 4G dan 5G pada model sama ini dipercayai adalah OPPO Find X2. Sebab utamanya adalah kerana sudah terdapat khabar angin yang menyatakan Find X2 akan dikeluarkan pada suku pertama tahun 2020. Tambahan pula, khabar angin tersebut juga menyatakan tentang varian 5G.

    Bukan itu sahaja, khabar angin lepas menyatakan bahawa peranti bakal hadir dengan cipset Qualcomm Snapdragon 865, paparan beresolusi 3168 x 1440 bersama kadar segar semula 120Hz dan pengecas pantas VOOC 65W. Ia juga dijangkakan untuk memiliki tetapan tiga kamera (48MP+13MP+8MP), bateri 4000 mAh dan dikuasai Android 10.

    Oleh kerana kedua-dua peranti telah disenaraikan oleh SIRIM Malaysia, cepat atau lambat ia semestinya akan dilancarkan di Malaysia. Tentunya peranti yang didakwa merupakan OPPO Find X2 yang bakal hadir ini merupakan sebuah persoalan. Beritahu kami di laman Facebook, telefon pintar apakah ini jika ianya bukan Find X2. Ikuti kami di TechNaveBM.com untuk lebih berita sebegini yang terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave.com

     

    Artikel Terkini

    realme 12x 5G dilancar di Malaysia: Skrin 6.67″ 120Hz, Dimensity 6100+, kamera utama 50MP...

    Pada hari ini, realme Malaysia melancarkan satu lagi telefon dalam siri realme 12 iaitu realme 12x 5G. Ia merupakan varian yang paling...

    vivo V30e dilancar di Malaysia: Kamera Sony IMX882 50MP dan Aura Light 3.0 berharga...

    vivo memperkenalkan inovasi terbarunya, vivo V30e di Malaysia hari ini, menjanjikan gabungan reka bentuk berteknologi tinggi dan prestasi terunggul. Reka bentuknya menampilkan...

    Infinix GT 20 Pro rasmi di Malaysia: Dimensity 8200 Ultimate, skrin 144Hz dan LED...

    Infinix melancarkan GT 10 Pro pada Ogos tahun lepas sebagai telefon pintar permainan pertamanya. Hari ini, sebagai pengganti GT 10 Pro, Infinix...

    Microsoft umumkan pelaburan ~RM10.5 bilion untuk tingkatkan teknologi AI dan “cloud” dalam Malaysia

    Dalam acara Microsoft Build: AI Day yang berlangsung di Kuala Lumpur pada hari ini, CEO Microsoft Satya Nadella mengumumkan bahawa syarikat teknologi...

    Siri HUAWEI Pura 70 kini boleh ditempah di Malaysia, harga bermula RM3,699

    Hari ini, HUAWEI Malaysia membuat pengumuman mengejut mengenai harga dan ketersediaan Siri HUAWEI Pura 70. Dalam laman rasmi HUAWEI Malaysia, tempahan Pura...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X