More

    Cari komputer riba atau tablet? Ini kedai yang beri harga murah untuk pelajar!

    Setelah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada awal tahun 2020 dahulu, isu mengenai pembelian komputer riba atau gajet untuk memenuhi keperluan pembelajaran dalam talian sudah mula timbul. Isu ini dilihat masih melarat memandangkan terdapat beberapa golongan yang tidak mampu untuk memenuhi keperluan ini. Kami mungkin tidak dapat membantu anda dari segi wang, namun anda boleh ketahui beberapa tempat untuk membeli komputer riba dengan harga yang lebih murah.

    Jika anda merasakan harga untuk sebuah komputer riba baru adalah terlalu tinggi, anda boleh melihat sedikit panduan yang kami beri untuk pembelian komputer riba jenis Chromebook terpakai berharga sekitar RM400 sahaja. Kali ini, anda boleh lihat beberapa jenama atau kedai yang menawarkan pembelian komputer riba dengan diskaun khas untuk pelajar.

    Acer

    Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Acer telah berkolaborasi melalui Acer Student Purchase Program. Program ini menawarkan diskaun bermula 5% hingga 7% untuk komputer riba baharu. Komputer riba baharu yang ditawarkan dalam program ini bermula pada harga RM1,599 sehingga RM2,799.

    Untuk mendapatkannya, anda boleh terus ke laman web rasmi Acer Student Purchase Program atau terus lihat spesifikasi dan harga komputer riba terpilih seperti di bawah.

    Samsung

    Selain Acer, KPT turut berkolaborasi dengan Samsung untuk potongan harga khas pelajar melalui pembelian gajet baharu Samsung. Melalui Samsung Education Store, anda boleh mendapatkan gajet yang memenuhi keperluan pembelajaran dalam talian seperti tablet atau monitor dengan diskaun bermula 15%. Untuk terma dan syarat pembelian lanjut, anda boleh menyemaknya di pautan ini.

    Untuk mendapatkannya, anda boleh terus ke laman web rasmi Samsung Education Store atau lihat beberapa peranti yang menarik perhatian untuk kami senaraikan. Apa pun, terdapat banyak lagi pilihan monitor dan tablet yang lain, atau jika anda ingin mendapatkan telefon pintar baru dengan harga pelajar!

    Apple

    Apple juga merupakan jenama yang diumumkan secara rasmi di bawah bantuan peranti kepada pelajar institusi tinggi. Anda boleh mendapatkan produk Mac bermula pada RM3,959 atau iPad pada harga bermula RM1,369. Pembelian boleh dibuat secara dalam talian melalui Apple Education Store.

    Untuk pengetahuan anda, produk Mac dan iPad yang kami maklumkan di atas hanyalah pada harga permulaan sahaja. Terdapat beberapa produk lain seperti iPad Air, iPad mini atau MacBook Pro dengan harga pelajar.

    "
    "

    Lenovo

    Jenama Lenovo tidak diumumkan bersama dalam pengumuman bantuan peranti oleh KPT. Namun, kami menemui bahawa Lenovo sebenarnya ada menawarkan harga pelajar untuk produknya. Melalui paparan di laman web rasmi Lenovo Education Store, anda boleh mendapatkan 5% diskaun tidak kira sama ada anda ibu bapa, warga pendidikan atau pelajar.

    Untuk pelajar pula, anda boleh mendapatkan diskaun sehingga 22% untuk produk Lenovo melalui kod eKupon [STUDENT] yang tertera. Terkini, terdapat paparan diskaun kembali ke sekolah istimewa dengan kod baucar [EDUSPECIAL]. Untuk maklumat pembelian, anda boleh melihat di laman web rasmi Lenovo Education Store.

    Jika ada penawaran terbaru khas untuk pelajar, kami akan mengemaskini artikel ini dari masa ke masa. Anda boleh melihat maklumat lanjut mengenai bantuan peranti di laman rasmi IPT. Jika anda ingin mencari komputer riba dengan harga tertentu, anda boleh menetapkan harga pilihan dan lihat senarai komputer riba di pautan ini. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...