More

    Tidak ingin ketinggalan, Motorola pula tunjukkan teknologi cas atas angin mereka

    Beberapa jam yang lalu, Xiaomi telah perkenalkan teknologi pengecasan secara wayarles mereka yang baharu iaitu Mi Air Charge. Teknologi ini membolehkan pengguna mengecas peranti mereka tanpa wayar dan tanpa tempat pengecas (dalam kata yang lain ‘atas angin’).

    Kini, Motorola juga menunjukkan teknologi yang hampir sama seperti Xiaomi yang juga dapat mengecas peranti mereka atas angin. Pengecas atas angin mereka diberi nama Motorola One Hyper dan berasaskan standard Qi yang dikatakan lebih baik.

    Pengecas itu juga mampu mengecas beberapa telefon (lebih dari 7 telefon) pada masa yang sama. Namun, berbeza dengan teknologi Xiaomi, ia hanya mampu mengecas telefon dalam jarak 80cm sehingga 100cm dari pengecas. Teknologi dari Motorola ini juga hanya berfungsi sekiranya tiada penghalang yang berada antara pengecas dan peranti yang dicas.

    Motorola juga menyatakan teknologi mereka adalah cara yang sebenar untuk mengecas telefon secara wayarles. Ini mungkin merujuk kepada teknologi Xiaomi tapi kami percaya ia merujuk kepada pengecas wayarles yang memerlukan tempat pengecas berdiri atau baring seperti yang sedang digunakan pada waktu ini.

    Buat masa ini, Motorola tidak menyatakan kelajuan pengecasan atas angin mereka.

    Adakah anda meminati teknologi dari Motorola ini? Berikan komen di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured