More

    Akhirnya! Pengguna bakal boleh tambah nilai kad TnG melalui aplikasi eWallet hujung tahun 2021

    Semalam, CEO Touch ‘n Go Group, Effendy Shahud Hamid telah mengadakan temu bual bersama The Star. Di dalam temu bual itu, beliau menyatakan beberapa perubahan penting yang akan dilakukan oleh syarikat Touch ‘n Go pada tahun ini.

    Pertama, cas tambahan untuk yuran tempat letak kenderaan ketika menggunakan kad Touch ‘n Go (TnG) bakal dibuang pada suku pertama tahun ini (Q1 2020). Sebelum ini, mereka juga pernah menyatakan bahawa mereka akan membuang cas tambahan ini secara berperingkat.

    Selain itu, beliau juga menyatakan satu lagi perubahan besar yang bakal datang sebelum hujung tahun 2021 iaitu pengguna bakal boleh menambah nilai kad TnG melalui aplikasi TnG eWallet. Ini adalah berita yang sangat baik kerana pengguna tidak perlu lagi untuk mencari tempat khas untuk menambah nilai kad mereka.

    Buat masa ini, hubungan aplikasi TnG eWallet dengan kad TnG hanyalah fungsi PayDirect, dimana cas tol akan ditolak secara automatik dari baki eWallet bukannya dari kad fizikal Touch n Go.

    Adakah anda berpuas hati dengan perubahan dari syarikat Touch ‘n Go ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...