More

    Gambar ASUS ROG Phone seterusnya muncul di TENAA, bakal dilengkapi bateri 6,000mAh

    ASUS sudah pun memulakan kempen pemasaran untuk telefon pintar gaming ASUS ROG Phone yang seterusnya sejak CES 2021, dan kini gambar untuk peranti tersebut telah pun muncul dalam pengiktirafan Telecommunication Equipment Network Acceptance Agency (TENAA) iaitu sebuah agensi kerajaan China.

    Telefon tersebut mempunyai nombor model ASUS_I005DA dan akan dilengkapi cipset Snapdragon 888 dan dua bateri yang masing-masing berkapasiti 3,000mAh, menjadikan kapasiti keseluruhan kepada 6,000mAh. Daripada segi pengecasan pula, ia mungkin meyokong pengecasan pantas 65W berdasarkan pengiktirafan 3C.

    Untuk kamera, telefon ASUS ROG ini mempunyai tiga kamera termasuk sebuah sensor 64MP. Satu perkara yang menarik adalah kehadiran skrin kecil di belakang telefon ini, di mana ia berfungsi untuk menunjukkan sebarang notifikasi.

    ASUS ROG ini juga dilaporkan akan dilengkapi skrin AMOLED berukuran 6.78 inci dengan kadar segar semula 144Hz, namun masih tidak pasti jika resolusinya Full HD+ atau Quad HD+. Nama telefon ini juga masih belum dipastikan kerana ASUS mungkin akan melangkaui nombor 4 dan menjadikannya ROG Phone 5, berikutan nombor 4 yang tidak digemari dalam kepercayaan masyarakat Cina.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan ASUS ROG Phone yang baru dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Playfuldroid

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured