More

    Xiaomi mungkin sedang bina telefon dengan lensa kamera yang boleh dicabut

    Xiaomi kini mungkin sedang menghasilkan sebuah telefon pintar unik yang menampilkan modul kamera di belakang yang boleh dicabut. Maklumat ini diperoleh berdasarkan paten baru yang didaftarkan bersama Pertubuhan Hak Intelek Antarabangsa (WIPO), di mana ia menunjukkan modul kamera belakang dengan beberapa lensa yang boleh ditarik keluar.

    Lensa itu boleh diletakkan di bahagian belakang atau hadapan telefon, dan ia dilekatkan secara magnetik. Paten tersebut turut menghuraikan mekanisme kamera itu untuk dihubungkan dengan telefon, termasuklah dengan menggunakan magnet, penerima (receiver) dan modul pancaran wayarles.

    Xiaomi percaya bahawa mekanisme ini akan menghilangkan takuk (notch) pada skrin hadapan yang menempatkan kamera swafoto dan mencipta skrin yang tidak mempunyai sebarang gangguan daripada kamera swafoto. Modul kamera berbentuk bulat di belakang telefon pula mungkin menunjukan bahawa setiap lensa boleh dicabut dan diubahsuai dengan lensa lain.

    Walau bagaimanapun, pendaftaran paten tidak bermakna Xiaomi akan menghasilkan konsep telefon ini. Mungkin ia sekadar idea yang ingin diceburi Xiaomi pada masa akan datang. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 91Mobiles

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured