More

    LG Mobile rekod kerugian berbilion Ringgit, sukarkan situasi telefon pintar LG

    Sebelum ini, terdapat laporan menyatakan bahawa LG mungkin akan keluar daripada industri telefon pintar dan akan menjualnya kepada syarikat Vietnam. Kini laporan kewangan terbaru daripada LG untuk tahun 2020 menunjukkan tahap kerugian besar untuk divisyen LG Mobile iaitu sebanyak KRW 841.20 bilion (~RM3.04 bilion).

    Untuk suku keempat 2020 sahaja, LG Mobile telah kerugian KRW 248.5 bilion (~RM898 juta) dan menandakan suku tahunan ke-23 berturut-turut yang mencatatkan kerugian buat LG Mobile. Laporan tersebut menyatakan jualan telefon pintar premium LG yang tidak meningkat disebabkan oleh kekurangan bekalan cipset 4G.

    Secara keseluruhan, konglomerat LG mencatatkan keuntungan pada 2020 dengan keuntungan daripada divisyen kelengkapan rumah, hiburan dan perniagaan, namun divisyen telefon pintar adalah divisyen LG yang paling merugikan.

    LG menyatakan minat terhadap peranti 5G yang semakin tinggi akan meningkatkan tahap permintaan telefon ke paras sebelum pandemik COVID-19, namun saingan dalam pasaran telefon pintar juga akan menjadi lebih sengit. LG kini akan merujuk semula arah perniagaan telefon pintar mereka dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk divisyen telefon pintar.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: LG Earnings Report

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured