fbpx
More

    Kelajuan data Internet pengguna Hotlink Prabayar Tanpa Had dikurangkan selepas 8 malam

    [Kemas kini, 1 Februari 2021 | 2:00 petang]

    Kenyataan dari pihak Maxis: Maxis meminta maaf atas salah faham berkenaan Hotlink Unlimited Fair Usage Policy (FUP) yang hanya dilaksanakan pada situasi tertentu. Maxis juga ingin menjelaskan bahawa kami tidak menguruskan kelajuan kepada 512kbps dalam tempoh PKP.

    Tumpuan kami ketika berlakunya lonjakan rangkaian trafik yang ketara terutamanya dalam tempoh PKP adalah untuk memastikan akses rangkaian internet mudah alih kekal pantas dan tersedia untuk aktiviti harian pengguna seperti pencarian maklumat di laman web, e-pembelajaran dan bekerja dari rumah. Pengurusan rangkaian trafik bagi pengguna Hotlink terhad pada waktu sibuk ketika malam dari jam 8 hingga 12 tengah malam, dan ini tidak disalahfahamkan sebagai FUP. Sebaliknya, ini adalah langkah sementara untuk memastikan kekurangan kesesakan data untuk memastikan pengalaman pengguna yang baik. Kami akan terus memantau trafik dan tahap kualiti, sambil mengoptimumkan kapasiti rangkaian dan mempercepat peningkatan untuk mengekalkan pengalaman data pantas mudah alih yang baik. Kami mendorong pelanggan untuk menghubungi talian khidmat pelanggan kami untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut

    [Berita asal] Kita sudah sememangnya sedia tahu mengenai pandemik yang menyebabkan masalah ekonomi dan isu tertentu. Penularan pandemik ini sedikit sebanyak turut membuka mata pengguna untuk lebih peka terhadap isu berkaitan internet. Maxis dilapor mengurangkan kelajuan Internet untuk pengguna Hotlink.

    Maxis mula mengaplikasikan polisi dan polisi yang bernama Fair Usage Policy (FUP) untuk pengguna Prabayar Hotlink Tanpa Had atau Hotlink Prepaid Unlimited. Dalam tempoh PKP, pengguna pakej prabayar ini akan dikurangkan kelajuan Internetnya sehingga 512Kbps (dari 3Mbps atau 6Mbps) di anatar jam 8 malam hingga 12 tengah malam setiap hari. Sebenarnya, perkara ini tertera dalam laman bantuan (FAQ) untuk pelan Pas Internet Tanpa Had, tetapi FUP biasanya hanya dijalankan sekiranya pengguna sudah melebihi batas data yang ditetapkan.

    Malangnya, beberapa pengguna Hotlink sudah mengalaminya. Menurut aduan dari pengguna di laman Twitter @leekokwan, pengguna mendapat notifikasi pengurangan data ini melalui WhatsApp atau mesej di Facebook.

    Adakah anda juga mengalami masalah pengurangan kelajuan data ketika waktu malam sahaja seperti yang dinyatakan? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing tawarkan Android 15 Beta 1 pada Phone (2a) tetapi bukan pada telefon andalannya

    Android 15 sedang menjana keterujaan dengan butiran lanjut dijangka daripada Google pada acara I/O yang akan datang. Menjelang pengumuman ini, beberapa pengeluar...

    Sony Xperia 10 VI dilancar: Telefon pertengahan dengan skrin OLED 21:9, SD 6 Gen...

    Selain melancarkan telefon pintar andalan Xperia 1 VI pada hari ini, Sony turut melancarkan telefon pintar kelas pertengahan Sony Xperia 10 VI....

    Sony Xperia 1 VI dilancar: SD 8 Gen 3, OLED 120Hz, kamera dengan zum...

    Sony telah melancarkan telefon pintar andalannya (flagship) yang terbaru iaitu Sony Xperia 1 VI. Seperti telefon-telefon Xperia 1 sebelum ini, ia mempunyai...

    Xiaomi Pad 6S Pro 12.4 dilancar di Malaysia: Skrin 3K 144Hz, bateri 10,000mAh, cas...

    Pada hari ini, Xiaomi Malaysia melancarkan Xiaomi Pad 6S Pro 12.4 iaitu sebuah tablet besar dengan skrin berukuran 12.4 inci dan boleh...

    Apple sekat lebih ~RM33 bilion dalam percubaan penipuan menerusi App Store

    Dalam tempoh empat tahun (2020-2023), Apple mengatakan bahawa mereka telah menghalang lebih $7 bilion (~RM33 bilion) dalam transaksi penipuan, menyekat 375,000 aplikasi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X