More

    Waspada laman web perbankan tiruan yang sangat serupa dengan laman web perbankan sebenar

    Seorang pengguna Facebook bernama Azizul Osman telah berkongsi sebuah kejadian scam dalam talian yang melibatkan laman web perbankan Maybank tiruan dan menyebabkan kerugian wang besar. Dalam kejadian tersebut, beliau telah mengakses laman web Maybank tiruan yang nampak sangat serupa dengan laman web Maybank sebenar namun beliau tidak menyedari perbezaan tersebut. Beliau dibawa ke laman web tiruan itu selepas menaip “Google Maybank” dalam ruang carian (search bar) di pelayar laman web.

    Azizul kemudian mendaftar masuk ke dalam laman web palsu itu menggunakan butiran akaun Maybank beliau. Selepas mendapat SMS dengan kod nombor TAC, beliau pun memasukkan kod tersebut ke dalam laman web itu.

    Selepas mendaftar masuk, barulah Azizul menyedari sesuatu yang tidak kena tentang laman web palsu itu namun ia sudah terlambat. Beliau menyemak baki duit yang masih terdapat dalam akaun Maybank melalui aplikasi telefon pintar dan mendapati sebuah transaksi besar telah dipindahkan ke Lazada.

    Selepas membuat laporan polis dan berurusan dengan pihak Maybank, Azizul mendapati sebahagian besar duit tersebut telah pun digunakan untuk perjudian dalam talian dan tidak boleh diperolehi semula.

    TechNave berharap kisah ini boleh dijadikan pengajaran buat para pembaca semua. Besar kemungkinan masih terdapat banyak laman web perbankan palsu yang berpura-pura menjadi laman web perbankan sebenar. Pastikan nama laman web yang sahih apabila anda ingin mengakses akaun perbankan dalam talian anda. Untuk Maybank, laman web yang sahih adalah www.maybank2u.com.my

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured