More

    Samsung mengemas kini perisian Gear S2 untuk panjangkan hayat bateri

    Samsung telah mengeluarkan kemas kini untuk jam tangan pintar Samsung Gear S2, lima tahun selepas pengumumannya pada 2015 dan dua tahun selepas kemas kini terakhir pada 2018.

    Media melaporkan bahawa kemas kini tersebut akan memperbaiki tempoh penggunaan bateri dan keselamatan jam itu. Ia juga akan memasang antara muka pengguna (user interface) yang digunakan dalam Galaxy Watch Active 2.

    Ini agak menarik kerana Samsung masih mengemas kini jam tersebut walaupun ia sudah berusia lima tahun. Sebelum ini, syarikat elektronik Korea Selatan itu juga mengemas kini beberapa peranti boleh pakai yang sudah agak berusia seperti Galaxy Watch, Gear S3 dan Gear Sport untuk memasang ciri-ciri perisian Galaxy Watch Active dalam peranti-peranti tersebut.

    Jika anda adalah salah seorang pemilik Gear S2, jangan lupa untuk kongsi pengalaman anda menggunakan jam itu di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Engadget

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured