fbpx
More

    Exynos 2100 paparkan prestasi ketahanan bateri yang lebih baik berbanding Snapdragon 888

    Sebelum ini, cipset Samsung Exynos sering menghampakan peminat telefon pintar kerana prestasi keseluruhannya yang lebih perlahan daripada cipset Qualcomm Snapdragon. Walau bagaimanapun, tahun ini agak berlainan kerana cipset Exynos 2100 dilihat mampu menyaingi cipset Qualcomm yang setaraf iaitu Snapdragon 888.

    Dalam satu video perbandingan yang dihasilkan oleh PBKreviews, beliau meletakkan dua varian telefon Samsung Galaxy S21 Ultra bersebelahan, di mana satu dilengkapi cipset Exynos 2100 manakala sebuah lagi dilengkapi cipset Snapdragon 888. Beliau kemudian mula membandingkan peratusan bateri kedua-dua telefon menggunakan aplikasi Generic Battery Drainer.

    Kedua-dua telefon menunjukkan ketahanan bateri yang serupa sepanjang ujian, namun pada penghujung ujian yang berdurasi lapan minit itu, varian Exynos 2100 menunjukkan tahap bateri 89% manakala varian Snapdragon 888 pula menunjukkan 87%. Varian Exynos turut merekodkan suhu yang lebih rendah, dengan 41°C berbanding 44°C dalam varian Snapdragon.

    Walaupun ujian ini agak ringkas, ia adalah cukup untuk menunjukkan bahawa prestasi Exynos kini adalah lebih kurang sama dengan Snapdragon. Mungkin jika ujian tersebut dijalankan dengan lebih lama, kita boleh melihat perbezaan yang lebih jelas namun umum diketahui daripada ujian penanda aras, Exynos 2100 menjana prestasi yang serupa dengan Snapdragon 888.

    Kini pelanggan Samsung di Malaysia tidak perlu lagi mengeluh jika kita hanya boleh membeli telefon Galaxy dengan varian Exynos. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Telefon pintar cipset Snapdragon 8 Gen 4 pertama dijangka dilancar pada pertengahan Oktober

    Qualcomm telah memelihara kerahsiaan mengenai butiran prosesor mudah alih flagship akan datang mereka, Snapdragon 8 Gen 4. Namun, kebocoran dan desas-desus telah...

    Audio ‘lossless’ oleh Spotify dikatakan hampir siap

    Elemen antara muka (UI) yang bocor membayangkan kemungkinan keluaran peringkat audio tanpa kerugian (lossless) Spotify yang telah lama ditunggu-tunggu, menunjukkan ia mungkin...

    Threads benarkan kawalan terhadap siapa yang boleh mengulas ‘post’ anda

    Threads memperkenalkan kawalan baru yang membenarkan pengguna menguruskan siapa yang boleh mengulas kenyataan mereka dengan matlamat untuk mewujudkan persekitaran yang lebih positif...

    Google Wallet perkenalkan senarai ‘Kaedah Pembayaran’ baharu

    Kemas kini terbaru kepada Google Wallet untuk Android memperkenalkan pendekatan yang lebih teratur dalam menguruskan kaedah pembayaran yang disimpan. Menu akaun kini...

    Jalan Sultan Ismail menjadi dua hala, kurangkan kesesakan lalu lintas

    Sekurang-kurangnya 20 anggota Polis Kuala Lumpur telah ditempatkan untuk mengawal lalu lintas susulan penukaran jalan satu hala kepada dua hala di Jalan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X