More

    Kerajaan tentera junta Myanmar sekat Facebook selepas membuat rampasan kuasa

    Tentera junta Myanmar yang baru sahaja menggulingkan kerajaan asal dan merampas kuasa telah bertindak menghalang Facebook serta pelbagai perkhidmatan pemesejan internet bermula hari ini sehingga 7 Februari. Pihak tentera junta mengatakan tindakan ini diambil bagi menjaga ketenteraman awam di negara tersebut.

    Rampasan kuasa yang berlaku pada awal minggu ini telah mendapat tentangan hebat dalam Facebook, di mana para pengguna telah berkongsi pelbagai gambar anti-kerajaan. Para pekerja perubatan di hospital kerajaan pula menuduh tentera Myanmar bahawa mereka lebih mementingkan kuasa daripada menangani penularan wabak COVID-19 di negara itu.

    Kerajaan Komunikasi dan Maklumat Myanmar mengatakan Facebook telah digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan berita palsu dan menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat. Walaupun Facebook telah dilarang, sesetengah pengguna di Myanmar masih boleh mengakses laman web itu namun pada kelajuan yang rendah.

    Pada Isnin lalu, Aung San Suu Kyi dan para pemimpin National League for Democracy (NLD) telah ditahan oleh tentera junta dalam sebuah rampasan kuasa. NLD merupakan parti politik yang telah memenangi pilihanraya umum pada November 2020 namun keputusan tersebut dibangkang oleh pihak tentera.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Star

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured