More

    Laman media sosial pelik yang dipopularkan oleh Elon Musk, apakah Clubhouse?

    Apabila menyebut tentang laman media sosial, kita pasti membayangkan platform seperti Facebook, Twitter atau Instagram. Platform laman media sosial membenarkan kita bersosial dengan muat naik teks, gambar, video dan sebagainya. Berbeza pula dengan aplikasi Clubhouse yang hanya membenarkan anda bersosial melalui suara.

    Apakah Clubhouse? Aplikasi ini telah muncul pada Mac 2020 lalu, namun eksklusif untuk warga Amerika Syarikat (AS) sahaja. Sekali imbas, aplikasi ini mungkin agak pelik kerana kita sudah terbiasa dengan platform yang mempunyai perkongsian gambar, video dan lain-lain. Namun, aplikasi Clubhouse hanya mempunyai suara atau audio yang dirakam oleh pengguna. Satu-satunya gambar yang ada hanyalah gambar profil pengguna.

    Laman web rasmi Clubhouse

    Setiap pengguna boleh merakam perbualan dengan mana-mana rakan di dalam aplikasi tersebut, dan pengguna yang lain boleh turut mendengar perbualan tersebut. Ini bukanlah aplikasi pemesejan seperti WhatsApp, tetapi aplikasi media sosial yang hanya berfokuskan audio. Ia mungkin kelihatan seperti audio siar (podcast), tetapi sebenarnya hanya rakaman suara asal, tanpa edit, tanpa kesan, dan terus disiar di aplikasi.

    Terdapat beberapa bilik yang anda boleh sertai dan dengar perbualan atau audio mereka. Setiap bilik boleh memuatkan 5,000 ahli. Pencipta bilik boleh membenarkan ahli bilik untuk mengangkat tangan “raise a hand” secara virtual ketika mendengar audio atau perbualan.

    Contoh topik perbualan atau audio dalam Clubhouse

    Setakat ini, aplikasi Clubhouse hanya tersedia di iOS sahaja. Namun, ia bakal hadir di peranti Android di masa hadapan. Lebih menarik, anda tidak boleh mendaftar secara terus untuk memiliki akaun atau log masuk ke Clubhouse. Anda hanya layak mendaftar melalui jemputan dari rakan yang sudah ada akaun Clubhouse (sangat eksklusif) atau menempah dahulu akaun anda. Di luar negara, terdapat sumber yang telah mula menjual jemputan eksklusif ini.

    Aplikasi Clubhouse ini mungkin agak janggal di samping kewujudan platform media sosial lain. Namun, ia mungkin menjadi satu fenomena baharu memandangkan ia juga kini semakin popular melalui penyertaan Elon Musk. Terdahulu, kemunculan laman TikTok juga agak janggal dan kini ia telah diterima ramai.

    Temu bual bersama Elon Musk di Clubhouse

    Kongsikan pandangan atau pengalaman anda (jika anda sudah mendaftar masuk Clubhouse) di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 1 | 2

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured