fbpx
More

    Kamera Google Pixel bakal boleh ukur kadar degup jantung dan pernafasan anda

    Dilaporkan, Google bakal menambah ciri beberapa ciri menarik untuk peranti Google Pixel. Antaranya adalah ciri untuk aplikasi Fit yang berfokuskan kesihatan. Menariknya, kamera peranti Google Pixel bakal berupaya untuk ukur kadar degup jantung dan pernafasan anda.

    Menurut sumber, kadar degup jantung boleh dikesan melalui kamera belakang peranti. Anda hanya perlu meletakkan jari di kamera, kemudian sensor di kamera akan mengesan perubahan warna melalui darah yang mengalir di jari anda, menghasilkan ukuran kadar degup jantung.

    Untuk kadar pernafasan pula, anda hanya perlu membuka kamera swafoto peranti dan posisikan diri ke dalam bingkai, kemudian bernafas seperti biasa. Menurut pengurus produk Google, kebanyakan pengguna yang tidak mampu memberi gajet tambahan untuk kesihatan seperti gelang kesihatan pintar, masih mampu menikmati ciri kesihatan pintar melalui peranti Google Pixel.

    Ciri ini bakal hadir di peranti Google Pixel, namun masih berada di bawah pemerhatian Google. Adakah anda teruja dengan ciri ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp bangunkan fungsi pendail telefon, mudahkan pengguna buat panggilan terus

    Laman WABetaInfo melaporkan bahawa dalam versi WhatsApp Beta 2.24.9.28 yang dilancarkan baru-baru ini terdapat fungsi pendail telefon baharu yang terbina dalam aplikasi....

    Kadar penggunaan 5G di Malaysia hampir 36%, liputan 80.3% – Fahmi Fadzil

    Kadar penggunaan 5G negara mencecah hampir 36% setakat pertengahan April manakala kadar liputan perkhidmatan berada pada 80.3% pada Februari. Menteri Komunikasi, Fahmi...

    Selepas TikTok, AS mungkin turut haramkan dron DJI

    Sebelum ini, kami melaporkan bagaimana ByteDance diberi masa untuk menjual TikTok sebelum ia diharamkan di Amerika Syarikat (AS). Kali ini, kongres yang...

    Prism+ Luna Smart Air Conditioner dan Aura Smart Air Purifier rasmi di Malaysia, harga...

    Prism+ yang merupakan antara jenama pilihan untuk TV dan monitor kini telah memasuki segmen perkakas rumah pintar di Malaysia. Prism+ telah melancarkan...

    U Mobile buka kedai pertama di Sabah, perkukuhkan kehadiran di Malaysia Timur

    U Mobile telah melancarkan kedai pertama di Malaysia Timur yang terletak di Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah. Kedai khidmat lengkap ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X