More

    Maybank sasarkan kenaikan 100% untuk transaksi e-Angpao pada tahun ini!

    Perayaan tahun baru Cina bakal berlangsung pada hujung minggu ini. Namun, pada waktu pandemik ini, kebanyakan aktiviti perayaan terpaksa dihentikan. Disebabkan ini, Maybank mengambil langkah untuk mengadakan kempen yang bertemakan ‘MAE-KE IT ONG!’ yang memudahkan penyambut perayaan ini memberi angpau secara dalam talian menggunakan aplikasi baru MAE by Maybank2u.

    Dengan ciri khas yang ditambah oleh Maybank pada aplikasi banknya, pengguna kini lebih mudah untuk memberi dan menerima e-Angpao dari keluarga yang tersayang. Terdapat dua cara untuk pengguna menggunakan ciri ini :

    1. Menggunakan fungsi ‘Send Money’ untuk penerima yang mempunyai aplikasi MAE; ATAU
    2. Menggunakan fungsi ‘Scan & Pay’ untuk penerima yang menggunakan aplikasi perbankan yang mempunyai pengimbasan kod QR.

    Pengguna yang menghantar e-Angpao bernilai minimum RM5 melalui aplikasi MAE boleh menyertai kempen ‘ALL SORTS OF ONG’. Dalam kempen ini, pengguna berpeluang memenangi ganjaran tunai dan hadiah bernilai sehingga RM7 juta dengan hadiah utama merupakan wang tunai bernilai RM3,000.

    Dengan kempen ini, Maybank menjangkakan transaksi e-Angpao setinggi 1.7 juta yang bernilai lebih RM60 juta, 100% lebih tinggi berbanding tahun yang lalu. CEO Maybank, Dato’ John Chong mengharapkan ciri e-Angpao ini dapat memberikan pengguna peluang untuk menjalinkan hubungan yang lebih akrab dengan keluarga mereka terutamanya pada waktu yang kurang baik ini.

    Adakah anda sudah menggunakan ciri baru di dalam aplikasi MAE ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...