More

    Mi 11 Lite muncul di SIRIM, bakal dilancar di Malaysia tak lama lagi!

    Sebelum ini, kami telah melaporkan mengenai peranti Mi 11 Lite yang telah dikesan di penyenaraian BIS (India). Kini, sumber terbaru menunjukkan peranti ini telah dikesan di SIRIM (Malaysia) dan juga di Bluetooth SIG.

    Berdasarkan penyenaraian SIRIM, Xiaomi Mi 11 Lite ini hadir dengan nombor model M2101K9AG dan ianya menyokong Wi-Fi 802.11ac, NFC, GPS dan VoLTE. Manakala pensijilan Bluetooth SIG pula mengesahkan nombor model tersebut adalah berkaitan dengan Mi 11 Lite dan ia menyokong Bluetooth 5.2.

    SIRIM
    Bluetooth SIG

    Jika dilihat pada sumber sebelum ini, peranti ini dilengkapi bateri 4,520mAh, pengecasan pantas 33W dengan antara muka MIUI 12.

    Selain itu, ia juga dikhabarkan akan hadir dengan skrin LCD 120Hz bersama sensor cap jari sisi. Untuk cipset, ia mungkin akan menggunakan Snapdragon 732G (atau 775G). Ia juga dijangka hadir dengan kamera utama 64MP dengan kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 5MP.

    Jika ianya sudah muncul di SIRIM, kami menjangkakan ianya akan dilancarkan pada hujung bulan ini ataupun awal bulan hadapan.

    Nantikan berita lanjut mengenai Mi 11 Lite di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured