More

    Redmi K40 Pro akan dilengkapi Snapdragon 888, K40 pula Snapdragon 870

    Siri telefon pintar andalan Redmi K40 sudah pun disahkan akan dilancar pada 25 Februari ini atau selepas perayaan Tahun Baru Cina. Spesifikasinya masih belum diketahui, namun beberapa tangkapan skrin (screenshot) daripada telefon tersebut mungkin telah mendedahkannya.

    Siri Redmi K40 akan terdiri daripada Redmi K40 dan Redmi K40 Pro. Menurut sumber, kedua-dua telefon akan dilengkapi skrin AMOLED 6.81 inci dengan resolusi 1440p 120Hz dengan sokongan HDR10+ iaitu skrin yang sama dengan Mi 11. Kamera utama kedua-dua varian juga mempunyai sensor 108MP dan akan didampingi oleh tiga kamera lagi di belakang.

    Satu perbezaan ketara di antara kedua-dua varian tersebut adalah pada cipsetnya, di mana Redmi K40 Pro akan dilengkapi cipset tercanggih Snapdragon 888 manakala Redmi K40 sekadar cipset Snapdragon 870 sahaja. Terdapat juga khabar tentang Redmi K40S yang mungkin akan dilengkapi cipset Dimensity 1200.

    Terdapat juga perbezaan daripada segi memori, di mana Redmi K40 Pro akan dilengkapi RAM sehingga 12GB. Untuk bateri pula, K40 Pro akan dilengkapi bateri 5,000mAh manakala K40 pula lebih kecil sedikit, pada 4,500mAh sahaja.

    Xiaomi mengacah bahawa Redmi K40 Pro akan bermula dari CNY3,000 (~RM1,888). Kongsi pendapat anda tentang maklumat ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured