More

    Gambaran pertama Redmi K40 dan K40 Pro muncul dalam talian, modul kamera seakan-akan Mi 11

    Semalam, Xiaomi dilaporkan akan melancarkan telefon siri Redmi K40 mereka secara rasmi pada 25 Februari ini. Sebelum tarikh pelancaran, sudah muncul beberapa khabar angin mengenai spesifikasi peranti ini.

    Terbaru, gambaran untuk telefon Redmi K40 dan Redmi K40 Pro pula telah dikesan di pangkalan data TEENA.

    Untuk Redmi K40, ia hadir dengan nombor model M2012K11AC. Gambar model ini menunjukkan warna biru cair seakan-akan warna Horizon Blue dari Xiaomi Mi 11. Telefon ini dilihat hadir dengan skrin mendatar bersama lubang punch-hole di bahagian tengah atas.

    Panel belakangnya dilihat melengkung dengan modul kamera memanjang seakan-akan reka bentuk Xiaomi Mi 11. Modul kamera Redmi K40 dilengkapi empat kamera dengan lampu kilat LED dan modul laser fokus (mungkin).

    Untuk Redmi K40 Pro, gambar menunjukkan telefon berwarna hitam/kelabu yang hadir dengan reka bentuk yang sama seperti Redmi K40. Ia juga hadir dengan lubang punch-hole di tengahnya serta empat kamera di modul kameranya.

    Perbezaan kedua-dua model ini mungkin hadir pada spesifikasi dalamannya. Sebelum ini, terdapat sumber yang menyatakan dua jenis cipset berbeza yang bakal digunakan oleh Redmi K40 dan K40 Pro.

    Nantikan berita lanjut mengenai telefon siri Redmi K40 ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured