More

    realme Narzo 30 Pro muncul di TEENA, hadir dengan skrin 6.5 inci, bateri 4,880 mAh

    Terbaru, realme Narzo 30 Pro telah disenaraikan di laman web agensi TEENA di China. Berdasarkan penyenaraian tersebut, ia dilihat hadir dengan nombor model RMX3161.

    realme Narzo 30 Pro dilihat menggunakan skrin 6.5 inci LCD dan menyokong 5G (dua kad SIM). Selain dari itu, ia juga menggunakan perisian Android 11 serta hadir dengan bateri 4,880 mAh.

    Sumber tidak menyatakan sebarang berita mengenai kelajuan pengecasan pantas peranti ini, tapi kami menjangka ia akan menyokong pengecasan 65W (sama seperti Narzo 20 Pro). Peranti ini hadir dengan dimensi 162.5 x 74.8 x 8.8 mm.

    Berdasarkan gambar di TEENA, ia dilengkapi tiga kamera pada bahagian belakang serta sensor cap jari sisi.

    Adakah anda menantikan siri Narzo 30? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured