More

    Data 10 juta pengundi rakyat Malaysia bocor! Kerajaan mulakan siasatan

    Terkini, Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dari pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menyatakan bahawa mereka telah menerima laporan tentang kebocoran data peribadi rakyat Malaysia dan mula menyiasat.

    Berhubung kebocoran data 10 juta rakyat Malaysia yang didakwa daripada senarai Daftar Pengundi Pilihan Raya (DPPR), pihak JPDP sudah memaklumkannya kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk siasatan. Berkemungkinan, pihak SPR bakal memberi kenyataan rasmi mengenai hal ini kelak, sama ada dakwaan mengenai kebocoran data 10 juta dari senarai DPPR benar atau tidak.

    Gambar dari SPR

    Sementara itu, kebocoran data 200,000 rakyat Malaysia terdahulu turut disiasat oleh JPDP. 200,000 data ini pada mulanya dikaitkan dengan laman e-dagang Ifmal. Namun, pihak Ifmal menafikan bahawa data yang bocor adalah dari pihak mereka memandangkan pendaftaran di laman Ifmal tidak meminta nombor kad pengenalan seperti yang ada pada maklumat data yang bocor (baca selanjutnya disini).

    Apa pun, kami berharap agar pihak berkuasa menyiasat perkara ini sebaik mungkin. Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Harian Metro

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured