More

    Spesifikasi Samsung Galaxy A72 tertiris, mungkin dilengkapi Snapdragon 720G dan berharga ~RM2,200

    Spesifikasi penuh untuk telefon pintar kelas pertengahan Samsung Galaxy A72 kini telah tertiris, menandakan pelancarannya yang semakin hampir. Telefon tersebut bakal dijual dalam varian 4G dan 5G, dan spesifikasi yang tertiris ini adalah untuk varian 4G.

    Menurut sumber, ia akan dilengkapi skrin Super AMOLED Full HD+ berukuran 6.7 inci dengan kadar segar semula 90Hz, berlainan dengan laporan sebelum ini yang mengatakan ia adalah 120Hz. Kamera swafotonya berada dalam sebuah lubang punch hole kecil di bahagian atas tengah, di mana kamera tersebut mempunyai sensor 32MP. Skrin tersebut juga akan dilengkapi pengimbas cap jari.

    Daripada segi spesifikasi dalaman, cipsetnya adalah Snapdragon 720 SoC manakala varian memori pula adalah 8GB atau 6G untuk RAM serta 128GB atau 256GB untuk storan dalaman yang boleh dibesarkan dengan microSD. Kameranya terdiri daripada kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 12MP, kamera telefoto 8MP dan kamera makro 2MP.

    Galaxy A72 4G bakal mempunyai bateri 5,000mAh yang bakal menyokong pengecasan pantas 25W dan telah disahkan oleh FCC sebelum ini. Ia juga mempunyai rating kalis air IP67 dan sistem operasi Android 11. Anda boleh lihat rupa Galaxy A72 yang telah tertiris di sini.

    Sumber juga menatakan harga Galaxy A72 4G mungkin akan bermula dari €449 (~RM2,200) untuk pasaran Eropah. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WinFuture

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured