fbpx
More

    Android 12 bakal hadir dengan ciri “gaming” yang lebih baik termasuklah Game Mode

    Baru-baru ini, kami telah memaklumkan mengenai rekaan dan beberapa perubahan dalam Android 12. Terkini, sumber telah menambah lagi beberapa maklumat mengenai perubahan yang ada pada Android 12. Antaranya adalah; Game Mode, skrin berputar secara automatik.

    Sebelum ini fungsi Rotate atau skrin berputar secara automatik sudah hadir di peranti Android. Pemutaran ini menggunakan giroskop dan akselerometer di peranti sebagai asas. Terdapat pengguna yang tidak berpuas hati dengan fungsi pemutaran skrin secara automatik ini.

    Android 12 dilapor bakal hadir dengan fungsi Smart Autorotate yang lebih baik menggunakan teknologi kecerdasan buatan Google AI. Menurut sumber, kamera hadapan peranti anda akan dapat mengesan posisi kepada untuk memutarkan skrin.

    Sumber: Mishaal Rahman

    Salain itu, fungsi Game Mode juga dilapor bakal hadir pada Android 12. Perkhidmatan Game Manager sebagai pengurusan game dalam Android 12 membenarkan pengguna untuk menguruskan beberapa ciri peranti yang melibatkan game contohnya mod Do Not Disturb, tahap kecerahan automatik dan lain-lain.

    Android 12 juga dilapor bakal hadir dengan Bluetooth API yang membenarkan sesebuah game untuk mengesan tahap bateri mana-mana alat kawalan game yang dihubungkan melalui Bluetooth. Game kemudiannya akan memaklumkan kepada anda jika alat kawalan sudah ketiadaan bateri atau bateri bertahap rendah.

    Sebagai tambahan, Google akan turut menambah ciri pengurangan warna cerah atau dikenali sebagai Reduce Brightness. Pengguna bakal menikmati fungsi ini di Tetapan Pantas/Quick Settings dalam Android 12.

    Anda boleh menyemak berita lepas mengenai ciri baru Android 12 seperti pilihan widget baru dan isyarat mikrofon dan sebagainya.

    Apakah pendapat anda mengenai ciri Android 12 setakat ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: XDA Developers

     

    Artikel Terkini

    Google perkenal ciri perlindungan kecurian untuk keselamatan peranti dan data anda

    Telefon pintar membantu pengguna menyimpan maklumat peribadi dan data berharga menjadikannya sasaran yang menarik untuk kecurian. Untuk meningkatkan keselamatan, satu set baharu...

    Google Wallet bolehkan anda tambah dokumen dan tiket daripada pustaka foto

    Dompet mudah alih telah menjadi asas kemudahan moden, membolehkan pengguna menyimpan bukan sahaja kad kredit mereka tetapi juga kad insurans kereta, tiket...

    Zahid Hamidi ingin kerajaan beri tablet kepada setiap pelajar

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah tablet supaya mereka...

    Nokia 3210 rasmi di Malaysia dengan sambungan 4G, port USB-C berharga RM339

    Minggu lepas, HMD melancarkan Nokia 3210 klasik yang diberi nafas baharu dengan sambungan 4G dan port pengecasan USB-C untuk meraikan ulang tahun...

    Apple perkenalkan kawalan peranti dengan mata dan ‘Music Haptics’

    Ketika Google I/O sedang berlangsung, Apple berjaya mencuri perhatian dengan mengumumkan beberapa ciri keupayaan akses yang akan membolehkan orang kurang upaya menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X