fbpx
More

    Apple mungkin akan menghasilkan peranti lipatnya sendiri

    Peranti lipat sememangnya adalah trend yang semakin mendapat sambutan pada tahun ini, jadi tidak mengejutkan jika Apple akan mengeluarkan telefon pintar lipatnya sendiri. Menurut sumber, Apple mungkin akan menghasilkan peranti lipat yang tidak mempunyai kesan garisan atau kedutan daripada lipatan di engselnya seperti yang berlaku dalam peranti-peranti lipat Android.

    Menurut sebuah paten yang difailkan oleh Apple, engsel inovatif itu direka agar skrin tidak dilipat sepenuhnya dan akan ada sedikit ruang di antara skrin setelah ia dilipat. Disebabkan ia tidak dapat dilipat sepenuhnya, peranti itu mungkin lebih tebal daripada peranti-peranti lipat yang lain.

    Perlu diingat bahawa pemfailan paten tidak bermakna Apple akan menghasilkannya. Paten hanyalah sebuah idea yang telah didaftarkan agar pihak yang membuat pemfailan boleh mengisytiharkan bahawa idea itu adalah kepunyaannya. Mungkin Apple ingin memfailkan paten ini terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menghasilkannya.

    Tetapi yang pasti di sini ialah Apple sedang bekerja dengan teknologi peranti lipat. Bagaimanalah agaknya rupa peranti Apple yang boleh dilipat? Kongsi ramalan anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Authority

     

    Artikel Terkini

    DNB, Ericsson bekerjasama untuk memajukan perusahaan di Malaysia melalui teknologi 5G

    Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson, sebuah syarikat teknologi komunikasi global yang terkemuka telah mengumumkan secara rasmi rancangan untuk memacu transformasi digital...

    Kempen Jualan Super 5.5 realme: Baucar sehingga RM1,800 di Shopee, Lazada dan TikTok Shop

    Bermula 3 Mei 2024, realme Malaysia bekerjasama dengan Shopee, Lazada dan TikTok Shop mengadakan Kempen Jualan Super 5.5. Dalam tempoh tiga hari,...

    OPPO A38 dan A18 kini mendapat penurunan harga sebanyak RM50

    OPPO Malaysia telah mengumumkan pelarasan harga yang ketara untuk model OPPO A38 dan A18 dengan menawarkan penjimatan sehingga RM50. Harga baharu itu...

    Sony Xperia 1 VI mungkin bawa peningkatan lensa telefoto, Snapdragon 8 Gen 3 dan...

    Sony bersedia untuk mendedahkan telefon pintar andalan terbaru mereka, Xperia 1 VI yang dijadualkan untuk dilancarkan pada 17 Mei 2024. Walaupun dianggap...

    WhatsApp sedang uji ciri sekat pengguna sementara jika langgar dasar khusus

    WhatsApp memperkenalkan ciri sekatan akaun baharu seperti yang dilihat dalam versi beta Android baru-baru ini. Ciri ini akan sementara menghalang pengguna daripada...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X