More

    Kemas kini iOS 14.5 akan perkenalkan 217 emoji baru, bertemakan vaksin dan lebih banyak pilihan warna kulit

    Jika anda telah menerima versi beta untuk sistem operasi iOS 14.5, kemas kini tersebut memperkenalkan 217 emoji baru yang terdiri daripada rekaan baru dan emoji yang direka semula. Antara emoji baru yang menarik adalah emoji muka yang menunjukkan perasaan pening, mengeluh dan muka di sebalik asap.

    Selain itu, antara emoji yang direka semula adalah untuk emoji picagari. Apple telah membuang gambar darah dalam emoji picagari, menjadikannya nampak lebih bersih untuk menggalakkan pengambilan vaksin COVID-19. Untuk emoji fon kepala pula, Apple telah menggantikannya dengan rupa fon kepala AirPods Max.

    Kemas kini baru ini turut menunjukkan beberapa tona kulit baru untuk melambangkan kepelbagaian bangsa di kalangan pengguna iOS. Selain itu, terdapat juga emoji berbentuk hati yang baru dan sukan memanjat bukit.

    iOS 14.5 mungkin akan dilancar secara besar-besaran pada musim bunga di Amerika Syarikat iaitu sekitar Mac hingga Jun. Kongsi pendapat anda tentang emoji-emoji baru ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured