More

    realme GT bakal dilancar di China 4 Mac ini, mungkin dilengkapi Snapdragon 888, cas pantas 125W

    Beberapa hari lalu, eksekutif realme, Xu Qi Chase telah mengesahkan penggunaan nama ‘GT’ pada peranti andalan terbaru mereka. Sebelum ini, peranti ini telah dikesan dengan nama kod ‘Race’.

    Terbaru, realme GT sah akan dilancarkan secara rasmi pada 4 Mac ini di China setelah poster pelancarannya dimuat naik di dalam talian. Jika dilihat pada bucu kiri bawah poster tersebut, terdapat tiga simbol yang mungkin menandakan ciri utama peranti ini. Simbol tersebut mungkin melambangkan cipset, kadar segar semula dan pengecasan pantas.

    Berdasarkan sumber sebelum ini, peranti andalan realme ini akan dilengkapi cipset Snapdragon 888. Selain itu, ia dijangka akan hadir dengan skrin OLED yang menyokong kadar segar semula setinggi 120Hz. Terdapat juga khabar angin yang menyatakan ia mungkin akan hadir dengan skrin beresolusi 3K dengan kadar segar semula 160Hz.

    Untuk kadar pengecasan, realme GT ini dijangka akan hadir dengan pengecasan pantas UltraDart 125W yang dapat mengecas penuh dalam masa yang sangat singkat (mungkin kurang dari 15 minit).

    Sumber baru menyatakan realme GT ini mungkin akan ditawarkan dengan dua versi berbeza, versi kaca dan kulit.

    Gambar dari laman web TENAA sebelum ini menunjukkan peranti ini mempunyai skrin punch hole serta modul kamera petak dengan kamera utama 64MP. Pada bahagian kanan bawah panel belakangnya, terdapat logo ‘GT’ yang kecil.

    realme Race di TEENA

    realme GT juga dikhabarkan akan hadir dengan RAM 12GB, storan 256GB dan perisian realme UI 2.0 atas Android 11.

    Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured