More

    Instagram jana RM82.42 bilion melalui pengiklanan pada tahun 2019

    Baru semalam kami sajikan anda berita mengenai Google yang mendedahkan hasil tahunan YouTube sebanyak $15 bilion (RM61.76 bilion). Terkini, Instagram telah menjana hasil sebanyak $20 bilion (RM82.42 bilion) dalam pengiklanan, sekaligus menyumbang lebih daripada suku sumber pendapatan Facebook.

    Sumber melaporkan Instagram bukanlah penjana pendapatan terbesar untuk Facebook, tetapi tetap berperanan dalam menjana hasil. Kini, anda telah mengetahui bahawa iklan yang ditayangkan dalam Story, halaman utama dan Explore membawa hasil yang banyak kepada Instagram dan Facebook!

    Adakah anda terpegun dengan jumlah penghasilan oleh Instagram ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Verge

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured