More

    realme GT 5G muncul di pensijilan 3C dengan pengecasan 65W sahaja, bukan 125W?

    Sebelum ini, kami telah melaporkan mengenai peranti andalan realme, realme GT 5G yang bakal dilancarkan secara rasmi 4 Mac ini. Peranti ini dikhabarkan bakal dilengkapi pengecasan terpantas dari realme, UltraDart 125W. Namun, sumber terbaru menunjukkan peranti ini tidak dapat mengecas sepantas itu.

    Berdasarkan sumber, realme GT 5G dengan nama kod RMX2022 telah dikesan di pensijilan 3C dan ia disahkan bakal hadir dengan pengecasan 65W sahaja. Ini sedikit mengecewakan kerana realme sebelum ini pernah menunjukkan kebolehan pengecasan UltraDart 125W mereka.

    Untuk spesifikasi yang lain, realme GT 5G dijangka akan hadir dengn cipset Snapdragon 888, skrin 120Hz, RAM 12GB, storan 256GB dan perisian realme UI 2.0 atas Android 11. Ia juga mungkin dilengkapi bateri 5,000mAh dengan kamera utama 64MP bersama kamera ultra lebar 13MP dan lensa telefoto 13MP.

    Adakah pengecasan 65W ini untuk varian terendah peranti ini ataupun untuk semua varian? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured