fbpx
More

    Gambar terkini Samsung Galaxy S20 di laman web rasmi, S20 Ultra di Twitter

    Kami tahu anda mungkin rambang mata dilimpahi berita bayangan dan khabar angin siri Galaxy S20 yang bakal dilancarkan di acara Unpacked. Namun, ini merupakan sesuatu yang baik untuk membantu kita membuat keputusan awal tentang adakah peranti ini bakal memuaskan hati pengguna atau tidak.

    Terkini, sumber melaporkan Samsung telah memuat naik gambar pada laman web rasminya. Apa pun, gambar siri Samsung Galaxy S20 yang dikongsikan melalui kedai dalam talian Samsung Eropah itu dipadam dengan kadar segera.

    Walau bagaimanapun, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kongsi ada habuannya. Sumber telah berjaya membuat tangkapan skrin terhadap gambar-gambar tersebut. Anda boleh lihat kamera selfie skrin berlubang seperti yang digambarkan oleh khabar angin sebelum ini.

    Tidak cukup dengan itu, pembocor rahsia teknologi terkenal @UniverseIce juga mengongsikan gambar Galaxy S20 Ultra pada laman Twitternya. Lihatlah tetapan kamera yang agak tersembul itu.

    Adakah anda berpuas hati dengan reka bentuk ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita khabar angin teknologi terkini.

    Sumber: The Verge | @UniverseIce

     

    Artikel Terkini

    Google membayar Apple ~RM95 bilion pada 2022 kerana jadi enjin carian utama peranti

    Google membayar Apple $20 bilion (~RM95 bilion) pada 2022 untuk menjadi enjin carian utama bagi Safari pada iPhone, iPad dan Mac, lapor...

    Acer Nitro V 16 dilancar di Malaysia: Komputer riba “gaming” mampu milik bermula RM4,899

    Pada hari ini, Acer Malaysia memperkenalkan komputer riba gaming mampu milik Acer Nitro V 16 iaitu komputer Nitro pertama yang dilengkapi pemproses...

    realme 12x 5G dilancar di Malaysia: Skrin 6.67″ 120Hz, Dimensity 6100+, kamera utama 50MP...

    Pada hari ini, realme Malaysia melancarkan satu lagi telefon dalam siri realme 12 iaitu realme 12x 5G. Ia merupakan varian yang paling...

    vivo V30e dilancar di Malaysia: Kamera Sony IMX882 50MP dan Aura Light 3.0 berharga...

    vivo memperkenalkan inovasi terbarunya, vivo V30e di Malaysia hari ini, menjanjikan gabungan reka bentuk berteknologi tinggi dan prestasi terunggul. Reka bentuknya menampilkan...

    Infinix GT 20 Pro rasmi di Malaysia: Dimensity 8200 Ultimate, skrin 144Hz dan LED...

    Infinix melancarkan GT 10 Pro pada Ogos tahun lepas sebagai telefon pintar permainan pertamanya. Hari ini, sebagai pengganti GT 10 Pro, Infinix...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X