More

    vivo S9 bakal dilancar di China 3 Mac ini, dikuasai cipset Dimensity 1100

    Pada hari ini, vivo telah mengumumkan bahawa peranti vivo S9 mereka akan dilancarkan secara rasmi di China pada 3 Mac ini. Sekali lagi, duta untuk peranti siri S mereka adalah Lisa, seorang artis dan penyanyi dari kumpulan BlackPink.

    Berdasarkan video acahan dari vivo, peranti ini dilihat lebih menfokuskan kepada teknologi kamera hadapan berbanding kamera belakang mereka. Kali ini, ia hadir dengan slogan ” Iluminating My Beauty” yang merujuk kepada ciri kecantikan peranti itu.

    Untuk spesifikasi lain, peranti ini akan menjadi telefon pertama dunia yang menggunakan cipset 6nm, Mediatek Dimensity 1100. Tambahan dari vivo S9, vivo juga dijangka akan melancarkan vivo S9e yang mungkin dilengkapi cipset Dimensity 820.

    Selain dari itu, vivo S9 dikhabarkan akan hadir dengan RAM 12GB, bateri 4,000 mAh dengan pengecasan pantas 33W serta menggunakan sistem operasi OriginOS atas Android 11.

    Nantikan berita lanjut mengenai pelancaran peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured