More

    Redmi K40 dengan cipset Snapdragon 870 dikesan di penanda aras Geekbench

    Siri Redmi K40 bakal dilancarkan secara rasmi di China pada 25 Februari ini dan ianya dikhabarkan akan hadir dengan dua model iaitu versi biasa dan versi Pro. Terbaru, versi biasa peranti ini, Redmi K40 telah muncul di penanda aras Geekbench dengan cipset Snapdragon 870.

    Di penanda aras Geekbench, Redmi K40 hadir dengan nombor model M2012K11AC dengan kod nama ‘alioth’. Penyenaraian tersebut menunjukkan ianya hadir dengan cipset Qualcomm 1.80Ghz, RAM 8GB bersama sistem operasi Android 11.

    Sumber kod dari penyenaraian tersebut menunjukkan cipset itu sepantas 3.19Ghz. Ini berkemungkinan besar merujuk kepada cipset Snapdragon 870. Cipset ini mampu mencapai markah setinggi 1016 untuk teras tunggal dan 3332 untuk teras pelbagai.

    Berdasarkan sumber sebelum ini, siri Redmi K40 bakal dilengkapi skrin 6.6 inci Samsung AMOLED E4 FullHD+ serta kadar segar semula 120Hz. Ia juga bakal hadir dengan bateri 4,520mAh dengan pengecasan pantas 33W.

    Redmi K40 dan Redmi K40 Pro dijangka hadir dengan spesifikasi yang hampir sama dengan sedikit perbezaan pada cipset dan kameranya.

    Nantikan berita lanjut mengenai siri telefon ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured