More

    Suka tonton filem cetak rompak? Anda menyebabkan industri filem tempatan rugi RM3 bilion setahun

    Jika anda masih lagi menonton filem cetak rompak, anda telah menyebabkan ramai orang hilang punca pendapatan dalam industri hiburan. Kerugian tahunan yang ditanggung oleh industri media dan hiburan dianggarkan mencecah RM3 bilion dan menyebabkan kehilangan ribuan pekerjaan di kalangan industri perfileman.

    Situasi ini menjadi semakin parah apabila peralatan perisian penstriman haram (ISD) seperti kotak TV Android menjadi semakin berleluasa di kalangan rakyat. Baru-baru ini terdapat beberapa kes di mana pemilik syarikat dan pemunya kotak tersebut telah ditangkap kerana menyediakan atau menggunakan perkhidmatan ISD.

    Penerbit filem Malaysia terkenal Datuk Yusof Haslam mengatakan kegiatan cetak rompak terus berleluasa kerana kekurangan usaha dan keazaman daripada pihak berwajib. Beliau menyesali retorik kosong oleh pihak berkuasa tanpa membawa penyelesaian kepada isu sebenar.

    Sementara itu, setiausaha Persatuan Penerbit Filem Zahrin Aris pula menyatakan denda yang dikenakan terhadap mereka yang menggunakan kotak media cetak rompak adalah terlalu ringan. Beliau berpendapat denda yang lebih tinggi perlu dikenakan kerana denda RM30,000 yang dikuat kuasakan sekarang tidak menyamai nilai kerugian yang ditanggung oleh pembikin filem.

    Beberapa tokoh penting dalam industri media dan hiburan menggesa kerajaan Malaysia untuk mengkaji semula undang-undang sedia ada dan mengambil tindakan lebih tegas kepada semua yang terlibat dalam kegiatan penstriman haram dan penjualan ISD.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Gambar dari LC Film Facebook

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured