More

    Malaysia Airlines akan perkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital

    Syarikat penerbangan kebangsaan Malaysia Airlines Berhad (MAB) merancang untuk memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital untuk penerbangan yang lebih selamat selepas wabak COVID-19. Kad kesihatan tersebut akan disepadukan dengan modul Pas Perjalanan yang diperkenalkan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

    Inisiatif ini akan memanfaatkan teknologi tanpa sentuh sepanjang proses pendaftaran masuk di lapangan terbang. Penumpang boleh membuat janji temu mudah untuk melakukan ujian COVID-19 RT-PCR atau menunjukkan sijil vaksinasi COVID-19 di telefon bimbit.

    Pas tersebut akan menunjukkan status OK To Travel jika penumpang melepasi pelbagai keperluan untuk terbang. Ia juga diharapkan akan mengembalikan keyakinan kepada para penumpang bagi menyediakan proses perjalanan yang lebih lancar dan selamat.

    Adakah anda ingin menjadi penumpang Malaysia Airlines sebaik sahaja wabak COVID-19 tamat? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured