More

    Reka bentuk, spesifikasi Xiaomi Mi Pad 5 tertiris dalam talian, mungkin dijual bermula ~RM2499

    Kali terakhir Xiaomi melancarkan tablet mereka, Mi Pad 4 adalah pada tahun 2018 yang lalu. Kini, hampir tiga tahun kemudian, Xiaomi dikhabarkan akan melancarkan generasi baru tablet mereka, Mi Pad 5 tidak lama lagi.

    Terbaru, reka bentuk dan spesifikasi Xiaomi Mi Pad 5 ini telah muncul di dalam talian. Berdasarkan gambar yang ditunjukkan, Mi Pad 5 ini hadir dengan reka bentuk kamera yang hampir sama seperti telefon Mi 11. Pada bahagian depan pula, ia dilihat masih lagi mengekalkan bezel yang sedikit tebal.

    Dari segi spesifikasi, Mi Pad 5 ini dikatakan akan hadir dengan skrin 2K yang menyokong kadar segar semula 120Hz serta kadar bacaan sentuhan 480Hz. Skrinnya juga akan menggunakan skrin jenis LCD dengan perlindungan kaca Corning Gorilla Glass 5.

    Untuk kamera, ia dijangka menggunakan kamera utama 20MP dengan kamera ultra lebar 13MP. Sensor kamera utamanya dikatakan menggunakan sensor Sony IMX586.

    Rangka dan panel belakang Mi Pad 5 ini diperbuat oleh aluminium, sama seperti yang digunakan oleh tablet iPad. Mi Pad 5 juga mungkin akan hadir dengan sensor cap jari di sisi dan menyokong stilus.

    Tambahan lagi, Mi Pad 5 dikhabarkan akan dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 870 dan hadir dengan beberapa varian RAM dan storan yang berbeza.

    Berikut adalah jangkaan harga Xiaomi Mi Pad 5:

    • RAM 8GB + storan 128GB – 3999 Yuan (~RM2,499)
    • RAM 8GB + storan 256GB – 4299 Yuan (~RM2,691)
    • RAM 12GB + storan 512GB – 4999 Yuan (~RM3,130)
    • RAM 16GB + storan 1TB – 5499 Yuan (~RM3,443)

    Jika spesifikasi Mi Pad 5 ini benar, ia akan menjadi sebuah tablet premium yang pertama dari Xiaomi dan ia mungkin dapat bersaing dengan tablet jenama lain.

    "
    "

    Adakah anda berminat dengan Mi Pad 5? Berikan komen di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured