More

    Samsung mungkin lancar tiga cipset Exynos tahun ini, dilengkapi GPU AMD Radeon

    Syarikat teknologi Korea Selatan, Samsung telah menggunakan cipset Exynos mereka sejak beberapa tahun yang lalu. Mereka mula menghasilkan cipset mereka sendiri untuk mengurangkan pergantungan kepada syarikat cipset lain seperti Mediatek dan Qualcomm. Namun, cipset Exynos selalunya mempunyai prestasi yang sedikit rendah berbanding pesaingnya terutamanya dari segi grafik (GPU).

    Kini, sumber terbaru memberitahu bahawa Samsung akan melancarkan tiga cipset Exynos yang baru pada tahun ini (siri 800, siri 1200 dan siri 2200). Cipset siri 1200 dan siri 2200 yang baru ini dikhabarkan akan menggunakan GPU yang berasaskan seni bina AMD Radeon.

    Mengikut sumber, Samsung akan menunjukkan GPU baru mereka pada bulan Jun yang akan datang ini. Telefon mereka dengan GPU AMD ini dikatakan mungkin akan memasuki pasaran seawal tahun 2022.

    Tambahan lagi, sumber lain ada menyatakan bahawa cipset baru siri 2200 dengan GPU AMD ini akan mula digunakan oleh komputer riba Samsung. Sehingga kini, Samsung masih lagi menggunakan cipset Qualcomm di dalam komputer riba jenama mereka.

    Adakah anda menantikan cipset dengan GPU dari AMD ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...