fbpx
More

    Siri Redmi Note 10 dilancar: Kamera 108MP, AMOLED 120Hz, Snapdragon 732G bermula RM649

    Redmi hari ini telah melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan terbaru, Redmi Note 10 yang terdiri daripada empat varian utama iaitu Redmi Note 10, Redmi Note 10S, Redmi Note 10 Pro dan Redmi Note 10 5G. Telefon ini akan mula dijual di Malaysia bermula 8 Mac dengan harga bermula RM649.

    Siri telefon ini dilengkapi spesifikasi yang sangat menarik untuk telefon kelas pertengahan, seperti skrin AMOLED 120Hz dan kamera 108MP. Pada waktu artikel ditulis, hanya Redmi Note 10 Pro dan Redmi Note 10 yang sudah disahkan untuk pasaran Malaysia, manakala Redmi Note 10S dan Redmi Note 10 5G akan dimaklumkan kelak.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk empat varian utama dalam siri Redmi Note 10:

    Redmi Note 10 Pro

    • Skrin DotDisplay AMOLED 120Hz 6.67 inci
    • Cipset Snapdragon 732G
    • RAM 6GB atau 8GB
    • Storan 128GB
    • Kamera utama 108MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera telemakro 5MP + sensor kedalaman 2MP
    • Kamera swafoto 16MP
    • Bateri 5,020mAh, sokong pengecasan pantas 33W
    • Dwi-pembesar suara dengan Hi-Res Audio dan bicu audio 3.5mm
    • Dwi-kad SIM, NFC, pemancar infra-merah
    • Pilihan warna kelabu Onyx Gray, biru Glacier Blue dan gangsa Gradient Bronze
    • Harga RM999 (6GB+128GB) dan RM1,099 (8GB+128GB), dijual bermula 15 Mac di Lazada dan pengedar sah

    Redmi Note 10

    • Skrin AMOLED 6.43 inci
    • Cipset Snapdragon 678
    • RAM 4GB/6GB
    • Storan 64GB/128GB
    • Kamera utama 48MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera makro 2MP + sensor kedalaman 2MP
    • Kamera swafoto 13MP
    • Bateri 5,000mAh, sokong pengecasan pantas 33W
    • Dwi-pembesar suara dengan Hi-Res Audio dan bicu audio 3.5mm
    • Dwi-kad SIM dan pemancar infra-merah
    • Pilihan warna kelabu Onyx Gray, putih Pebble White dan hijau Lake Green
    • Harga RM649 (4GB+64GB) dan RM799 (6GB+128GB) dijual bermula 8 Mac di Lazada dan pengedar sah

    Redmi Note 10S

    • Skrin AMOLED 6.43 inci
    • Cipset Helio G95
    • RAM 6GB atau 8GB
    • Storan 64GB atau 128GB
    • Kamera utama 64MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera makro 2MP + sensor kedalaman 2MP
    • Kamera swafoto 13MP
    • Bateri 5,000mAh, sokong pengecasan pantas 33W
    • Dwi-pembesar suara dengan Hi-Res Audio dan bicu audio 3.5mm
    • Dwi-kad SIM, NFC dan pemancar infra-merah
    • Pilihan warna kelabu Onyx Gray, putih Pebble White dan biru Ocean Blue
    • Masih tiada maklumat tentang keberadaan di Malaysia

    Redmi Note 10 5G

    • Skrin DotDisplay 6.5 inci 90Hz AdaptiveSync
    • Cipset MediaTek Dimensity 700
    • RAM 4GB atau 6GB
    • Storan 64GB atau 128GB
    • Kamera utama 48MP + kamera makro 2MP + sensor kedalaman 2MP
    • Kamera swafoto 8MP
    • Bateri 5,000mAh, sokong pengecasan pantas 18W
    • Bicu audio 3.5mm dengan Hi-Res Audio
    • Dwi-kad SIM 5G, NFC dan pemancar infra-merah
    • Pilihan warna perak Chrome Silver, kelabu Graphite Gray, biru Nighttime Blue dan hijau Aurora Green
    • Masih tiada maklumat tentang keberadaan di Malaysia

    Sebelum ini, siri Redmi Note 9 adalah antara telefon kelas pertengahan terlaris di Malaysia jadi kami menjangkakan sambutan yang sama pada tahun ini untuk siri Redmi Note 10. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli telefon baru ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp bangunkan fungsi pendail telefon, mudahkan pengguna buat panggilan terus

    Laman WABetaInfo melaporkan bahawa dalam versi WhatsApp Beta 2.24.9.28 yang dilancarkan baru-baru ini terdapat fungsi pendail telefon baharu yang terbina dalam aplikasi....

    Kadar penggunaan 5G di Malaysia hampir 36%, liputan 80.3% – Fahmi Fadzil

    Kadar penggunaan 5G negara mencecah hampir 36% setakat pertengahan April manakala kadar liputan perkhidmatan berada pada 80.3% pada Februari. Menteri Komunikasi, Fahmi...

    Selepas TikTok, AS mungkin turut haramkan dron DJI

    Sebelum ini, kami melaporkan bagaimana ByteDance diberi masa untuk menjual TikTok sebelum ia diharamkan di Amerika Syarikat (AS). Kali ini, kongres yang...

    Prism+ Luna Smart Air Conditioner dan Aura Smart Air Purifier rasmi di Malaysia, harga...

    Prism+ yang merupakan antara jenama pilihan untuk TV dan monitor kini telah memasuki segmen perkakas rumah pintar di Malaysia. Prism+ telah melancarkan...

    U Mobile buka kedai pertama di Sabah, perkukuhkan kehadiran di Malaysia Timur

    U Mobile telah melancarkan kedai pertama di Malaysia Timur yang terletak di Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah. Kedai khidmat lengkap ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X