More

    Gunakan teknologi RFID Touch ‘n Go di tol untuk perjalanan lebih mudah dan peluang menangi RM2,500 dalam TnG eWallet

    Bermula 15 Februari ini, rakyat Malaysia boleh membeli tag RFID Touch ‘n Go (TNG) di semua pusat pemasangan seluruh negara dengan harga RM35. Inisiatif ini adalah susulan daripada program perintis yang telah pun berjaya merangkumi 22 lebuh raya dalam tempoh 18 bulan.

    Untuk menggalakkan lebih ramai orang menggunakan RFID, TNG juga mengadakan promosi bermula 15 Februari hingga 15 April di mana 40 pemenang bertuah akan memenangi Ultimate RFID Toll Pass yang bernilai RM2,500 setiap satu dalam TNG eWallet.

    Teknologi RFID adalah inisiatif daripada TNG untuk menjayakan Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) yang akan meningkatkan mutu sistem pengangkutan negara agar setaraf Singapura, Taiwan dan China.

    TNG RFID ialah sistem pembayaran elektronik menggunakan tag yang dilekatkan pada cermin depan atau lampu depan kenderaan. Apabila kenderaan melalui lorong tol RFID, pengimbasan automatik akan menolak baki daripada akaun TNG eWallet pengguna.

    Kongsi pengalaman anda di Facebook kami jika anda sudah pun menggunakan RFID dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...