More

    Sony acah keunikan kamera IMX789 untuk siri OnePlus 9

    Sementara menunggu pelancaran rasmi siri OnePlus 9 pada 23 Mac 2021, berita-berita mengenai spesifikasi kian rancak. Terkini, terdapat video acahan untuk lensa Sony IMX789; lensa yang bakal menghuni tetapan kamera utama siri OnePlus 9.

    Untuk pengetahuan anda, sensor kamera ini diubah suai secara eksklusif untuk siri OnePlus 9 dengan kerjasama Hasselblad. Ia memiliki dual-native ISO, autofokus piksel penuh semua arah dan keupayaan merakam video 4K pada 120 fps. Tambahan pula, sensor ini bakal menampilkan Sony Digital Overlap HDR (DOL-HDR) yang mampu menangkap gambar ketika objek bergerak dengan lebih baik.

    Paparan video turut mempamerkan aspek nisbah 16:11, tangkapan gambar nisbah 4:3 dan rakaman video 16:9. Format RAW 12 bit akan turut disokong dan terdapat sistem autofokus baharu untuk gambar swafoto yang lebih baik.

    Terdahulu, siri OnePlus 9 turut disahkan bakal hadir dengan pengecas bersama di dalam kotak.

    Apakah pandangan anda mengenai ciri kamera siri OnePlus 9? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured