More

    HP Malaysia lancarkan ruang pameran maya untuk bantu pelanggan membeli-belah dari rumah

    HP hari ini telah melancarkan ruang pameran maya HP Virtual Showroom pertama untuk enam negara Asia Tenggara termasuk Malaysia. Melalui inisiatif ini, pelanggan boleh “melawat” pelbagai bilik pameran untuk produk HP dengan menggunakan komputer mereka dan berinteraksi dengan ruang 3D.

    Pameran maya ini dibuat hasil kerjasama dengan Lazada dan Intel, di mana ia menawarkan ruang interaktif dengan pemandangan 360 darjah untuk enam buah bilik yang mempunyai tema berasingan daripada produktiviti hinggalah hiburan.

    Contoh satu bilik dalam HP Virtual Showroom
    Enam bilik dengan lampu yang boleh diakses

    Enam bilik tersebut adalah:

    • For the Glorious Gamer: Pelanggan boleh melihat pelbagai produk gaming yang ditawarkan oleh HP seperti komputer OMEN, papan kekunci, monitor dan banyak lagi
    • For the Productivity Pro: Pelanggan boleh melihat komputer yang boleh membantu tugas profesional seperti komputer HP Spectre dan pencetak HP OfficeJet Pro 9010
    • For the Edu-Siastic Parent: Bilik ini memaparkan pelbagai kelengkapan yang memudahkan ibu bapa untuk mendidik anak-anak di rumah seperti pencetak DeskJet Ink Advantage 2776
    • For the Passionate Artist: Pelanggan yang mengutamakan tugasan kreatif boleh melihat produk yang dikhaskan untuk kerja-kerja mereka seperti HP ENVY Laptop dan pencetak Color LaserJet Pro
    • For the Entertainment Lover: Untuk mereka yang menginginkan pengalaman multimedia terbaik, seperti yang ditawarkan oleh HP Pavilion Gaming Laptop 15
    • For the Modern Lifestylist: Pelanggan yang ingin melengkapkan kediaman mereka dengan teknologi canggih boleh lihat pada produk mudah seperti HP Pavilion All-in-One PC dan pencetak HP Smart Tank 515

    Layari HP Virtual Showroom untuk melihat keunikan ruang pameran maya ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured