fbpx
More

    Apple peroleh 45 paten baru termasuk paten skrin telefon lipat yang boleh dihangatkan

    Pejabat Paten dan Tanda Dagang Amerika Syarikat (USPTO) hari ini telah menganugerahkan 45 paten baru kepada Apple Inc di mana salah satu paten ini melibatkan peranti mudah alih dengan skrin boleh lipat yang mempunyai kebolehan untuk dihangatkan.

    Dalam paten tersebut, bahagian skrin yang dilipat boleh dihangatkan agar ia lebih mudah dilipat sewaktu digunakan dalam cuaca sejuk dan mengurangkan risiko retak. Beberapa seksyen pada skrin tersebut akan dikekalkan pada paras suhu tertentu.

    Ini mungkin menunjukkan bahawa Apple sedang membangunkan telefon dengan skrin boleh lipat namun kita tidak boleh menjangkakannya dalam masa terdekat. Selain itu, paten lain yang diperolehi Apple melibatkan papan kekunci yang boleh memberi tindak balas haptik (haptic feedback). Apple mungkin akan menggunakan paten ini untuk menghasilkan komputer MacBook dengan papan kekunci maya seperti Lenovo YogaBook.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Patently Apple

     

    Artikel Terkini

    OPPO Reno 12 Pro dikatakan sokong fungsi panggilan Bluetooth

    Khabar angin mengenai OPPO Reno 12 Pro yang akan datang telah muncul dengan kebocoran daripada sumber yang boleh dipercayai, stesen sembang digital....

    WhatsApp lancarkan ciri cegah tangkapan skrin gambar profil

    WhatsApp lancarkan ciri baru untuk iOS yang akan mencegah pengguna daripada mengambil tangkapan skrin gambar profil. WABetaInfo berkongsi imej yang mendedahkan bahawa...

    Xiaomi Pad 6S Pro mungkin akan dilancar di Malaysia dalam masa terdekat

    Dengan pelancaran siri iPad Air dan iPad Pro pada minggu lepas, kini Xiaomi Malaysia pula mungkin akan melancarkan sebuah tablet baharu yang...

    Anda boleh keluarkan maksimum RM250 sahaja dari KWSP Akaun 3 jika anda tidak laksanakan...

    Bermula 11 Mei sehingga 31 Ogos 2024, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menetapkan jumlah wang yang ingin dipindahkan kepada Akaun...

    AEON Bank akan dilancar pada 26 Mei 2024 sebagai bank digital Islamik pertama di...

    Sejak 2022, Bank Negara Malaysia (BNM) telah memberikan lesen perbankan digital kepada lima bank digital yang beroperasi dalam negara dan salah satu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X