More

    Ingin jadi pengulas e-sukan? Kini anda berpeluang jadi “caster” Mobile Legends seterusnya!

    Permainan mudah alih popular Mobile Legends Bang Bang Malaysia (MLBB) kini sedang mencari pengulas (caster) baru untuk setiap pertandingan mereka. Jika anda berminat untuk menjadi pengulas e-sukan selama ini, inilah peluang keemasan untuk serlahkan bakat anda.

    MLBB akan menganjurkan sesi uji bakat terbuka di mana mereka yang terpilih bakal diberikan kontrak ulasan. Mereka yang berminat untuk menyertai uji bakat ini perlu membuat satu video yang mendemonstrasi ulasan mereka dalam Bahasa Melayu atau Inggeris, dan berkongsi sebab mengapa mereka ingin menjadi pengulas.

    Berikut adalah syarat kemasukan untuk menjadi seorang pengulas MLBB:

    • Umur 18 tahun ke atas
    • Fasih dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, penguasaan kedua-dua bahasa adalah satu kelebihan
    • Selesa berbicara di hadapan kamera
    • Minat mendalam terhadap MLBB
    • Mempunyai penginapan di Kuala Lumpur atau Selangor

    Layari laman web ini jika anda berminat untuk menyertai uji bakat pengulas MLBB ini. Tarikh tamat permohonan adalah pada 17 Mac 2021.

    Beritahu kami di Facebook jika ini adalah sesuatu yang menarik minat anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured