More

    Lagu K-Pop yang dibuang dari Spotify minggu lepas kini dimasukkan semula

    Minggu lepas, para peminat lagu Korea yang menggunakan perkhidmatan pelayaran audio Spotify menjadi kecewa kerana ratusan lagu K-Pop kegemaran mereka telah ditarik daripada perkhidmatan tersebut. Kini, Spotify menjelaskan bahawa mereka tidak lagi mengalami masalah itu dan pengguna boleh menikmati lagu Korea seperti biasa.

    Spotify sudah memeterai persetujuan baharu dengan label rekod Korea, Kakao Entertaiment, dan lagu yang berada di bawah naungan label itu boleh didapati dalam Spotify oleh pengguna di seluruh dunia. Selain itu, para pengguna Spotify di Korea Selatan juga boleh mengakses lagu-lagu tersebut buat kali pertama.

    Untuk makluman, Kakao Entertainment mempunyai perkhidmatan pelayarannya sendiri bernama Melon dan mereka mungkin telah menarik lagu mereka daripada Spotify pada minggu lepas untuk menarik perhatian pengguna kepada Melon. Walau bagaimanapun, syarikat tersebut menerima kecaman daripada para peminat K-Pop di seluruh dunia dan mungkin telah terpaksa untuk menyambung semula kontrak mereka dengan Spotify. Namun ini hanyalah pendapat daripada kami.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured