More

    ASUS ZenBook Duo 14 & Flip 13 OLED rasmi di Malaysia: CPU Intel Tiger Lake bermula RM4,699

    Terkini, ASUS Malaysia telah memperkenalkan barisan komputer riba siri ZenBook baharu di pasaran Malaysia. ZenBook Duo 14 telah diumumkan pada CES 2021, manakala ZenBook Flip S OLED dan ZenBook Flip 13 OLED adalah peranti terbaru yang diperkenalkan.

    ZenBook Flip S OLED (UX371) adalah komputer riba 13 inci OLED 4K ternipis di dunia, dengan ketebalan hanya 13.9mm dan berat 1.2kg. Panel skrinnya disokong oleh resolusi UHD, gred warna NanoEdge Pantone dengan warna gamut DCI-P3 100% dan diperakui oleh VESA DispayHDR 500 true Black.

    Dari segi spesifikasi teknikal, ia dilengkapi pemproses Intel Generasi Ke-11 Core i7-1165G7, grafik Intel Iris Xe, LPDDR4x 16GB, SSD PCIe NVMe 1TB dan Windows Home Plus. Komputer riba ini juga mampu bertahan hingga 15 jam dan menampilkan ciri menarik seperti ASUS NumberPad, sambungan WiFi 6 dan Bluetooth 5.0.

    ZenBook Flip 13 OLED (UX363) turut memiliki pemproses Intel Generasi Ke-11 i7 dnegan grafik Intel Iris Xe, RAM DDR4 8GB, SSD PCIe 3.0 512GB dan diperakui Intel Evo. Saiz skrin, sokongan stilus dan ciri skrin sentuh adalah bersamaan dengan ZenBook Flip S OLED, tetapi dengan resolusi FHD. Komputer riba ini berukuran 13.9mm, seberat 1.3kg dan hadir dengan USB Type-A, HDMI dan Thunderbolt 4 USB-C. Terdapat juga varian pemproses Intel Core i5-1135G7 di pasaran.

    Akhir sekali, ZenBook Duo 14 yang hadir di pasaran tempatan adalah varian Intel Core i7 dan i5. Komputer riba dnegan skrin 14 inci FHD 60Hz ini hadir dengan NVIDA GeForce MX450 (VRAM GDDR6 2GB), RAM LPDDR4x 8GB/16GB dan SSD PCIe NVMe 3.0 512GB. Paparan kedua ScreenPad Plus pula berukuran 12.6 inci dan terdapat port seperti HDMI, Thunderbolt dan juga slot microSD.

    Kesemua tiga komputer riba ZenBook baharu ini boleh mula didapati bermula hari ini (12 Mac) di seluruh negara melalui ASUS e-Stores atau pengedar yang sah. Anda boleh menyemak harga dan butiran lebih lanjut seperti di bawah.

    ZenBook Flip S OLED 

    • RM6799 (Core i7-1165G7)

    ZenBook Flip 13 OLED 

    "
    "
    • RM5199 (Core i7-1165G7)
    • RM4699 (Core i5-1135G7)

    ZenBook Duo14 

    • RM6499 (Core i7-1165G7 + RAM 16GB)
    • RM5499 (Core i5-1135G7 + RAM 8GB)

    Kongsikan pendapat anda mengenai komputer riba ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured