More

    Imej janaan HUAWEI P50 muncul dalam talian, mungkin hadir dengan dua kamera gergasi!

    Terbaru, sumber dalam telah memuat naik imej janaan komputer untuk telefon andalan terbaru HUAWEI, HUAWEI P50 yang mungkin akan dilancarkan tidak lama lagi.

    Melihat kepada imej janaan tersebut, HUAWEI P50 hadir dengan dua kamera gergasi pada panel belakangnya. Skrin telefon tersebut dilihat bersaiz 6.3 inci yang berbentuk rata.

    Mengikut sumber, HUAWEI P50 adalah lebih besar dari HUAWEI P40 – 8mm lebih tinggi, 3mm lebih lebar, manakala modul kameranya akan menambahkan ketebalan sehingga 10.6mm (ketebalan asal adalah 8.3mm).

    Selain dari itu, HUAWEI P50 juga tidak mempunyai bicu audio 3.5mm pada rangkanya, hanya port USB-C dan juga pembesar suara.

    Sebelum ini, HUAWEI P50 dikhabarkan akan menggunakan sensor kamera 1 inci (mungkin Sony IMX800). Selain itu, ia juga dikatakan akan hadir dengan sistem operasi HarmonyOS.

    Apa pun, nantikan berita lanjut mengenai peranti ini dalam masa yang datang di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured