More

    OnePlus 9 mungkin akan dilengkapi cas pantas 65W, cas wayarles 50W

    Siri telefon pintar andalan OnePlus 9 telah pun disahkan akan dilancar pada 23 Mac dan beberapa spesifikasinya sudah disahkan oleh OnePlus sendiri. Kini, terdapat maklumat baru yang menyatakan kadar pengecasan untuk dua varian utama, OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro.

    Menurut pengiktirafan China Compulsory Certificate (3C), siri OnePlus 9 akan dilengkapi pengecasan 65W dan dwi-bateri 4,500mAh. CEO OnePlus juga sudah mengesahkan bahawa pengecasnya akan disertakan dalam kotak.

    Khas untuk OnePlus 9 Pro pula, ia mungkin akan dilengkapi pengecasan wayarles 50W. Buat masa ini, OnePlus sudah pun mengesahkan kehadiran sensor utama Sony IMX789 48MP dan kamera ultralebar Sony IMX766 50MP yang dihasilkan bersama syarikat kamera popular, Hasselblad.

    Spesifikasi lain yang dijangkakan untuk siri OnePlus 9 adalah cipset Snapdragon 888, RAM 12GB dan skrin AMOLED 6.78 inci 120Hz. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured